Daisypath Vacation Ticker
Showing posts with label santapan hati. Show all posts
Showing posts with label santapan hati. Show all posts

Friday, October 10, 2008

kejadian hawa

utusan malaysia-jumaat 10 oktober 2008

(Dan Allah berfirman): Hai Adam, bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua(buah-buahan) di mana sahaja yang kamu sukai dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu jadilah kamu berdua termasuk orang yang zalim. (al-A'raf:19)
..........................................................................................................................................................................

Walaupun Allah memberi Nabi Adam tempat di dalam syurga yang indah dan makanan yang lazat, tetapi sayangnya Nabi Adam tinggal di syurga seorang diri dan sebatang kara. Setiap hari Nabi Adam melalui hari-hari yang penuh dengan kesepian. Tiada tempat untuknya meluahkan suka,duka, kasih dan sayangnya.
Allah tahu kesepian yang dialami oleh Nabi Adam di dalam syurga yang indah itu.Allah sangat kasihan dan simpati melihat Nabi Adam. Oleh itu, Allah akan mencipta makhluk baru yang sama dengan Nabi Adam, tetapi jenis wanita. Tujuannya ialah menyempurnakan segala kekurangan dan kesepian dalam hidup Nabi Adam.
Makhluk yang diciptakan itu akan menjadi isterinya. Disamping itu juga untuk meramaikan makhluk dimuka bumi bagi membentuk sejarah kebudayaan serta mengembangkan keturunan supaya menjadi lebih besar.
Sedang baginda termenung di bawah sepohon pokok, baginda ternampak sepasang burung sedang bergurau senda. Terdetik dihatinya serta berharap ada seorang teman yang boleh bercakap-cakap dengannya. Sedang asyik baginda memerhatikan burung itu, baginda pun rasa mengantuk dan terus tertidur. Di kala baginda tertidur itulah, Allah telah menciptakan manusia kedua, jenis wanita daripada tulang rusuk pendek yang terdapat di bahagian kiri tubuh Nabi Adam.
Setelah Nabi Adam bangun daripada tidur dan membuka matanya, baginda melihat seseorang berdiri di sisinya. Orang itu tidak pernah dilihat oleh Nabi Adam pun mempersilakannya duduk disampingnya, dan lalu bertanya kepada orang itu, "Siapakah engkau dan siapa namamu?"
Wanita itu pn menjawab, "Aku adalah wanita dan belum tahu akan namaku sendiri."
Adam pun bertanya lagi, "kenapa kamu diciptakan?"
Dia menjawab,"Untuk menenangkan dirimu".
Mendengar kata-kata wanita itu, Nabi Adam sangat suka dan gembira. Nabi Adam pun memberi nama wanita itu 'Hawa'.
Selepas itu, Nabi Adam pun dikahwinkan dengan Hawa sambil disaksikan oleh Allah, para malaikat dan sekelian penghuni syurga. Kedua-duanya hidup bahagia dan girang di dalam syurga yang aman dan tenteram. Mereka boleh makan dan minum sepuas-puasnya kerana segala-galanya sudah tersedia dengan cukup di dalamnya.

(petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd-ditulis dlm Utusan Malaysia, 10 Oktober 2008, Jumaat)


Pengajaran:
  • Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang diinginkan oleh manusia. Sentiasalah berdoa dan meminta daripada Allah kerana Dia tidak akan menghampakan permintaan hamba-Nya.
  • Manusia tidak dapat hidup bersendirian. Oleh itu kita hendaklah berganding bahu di antara satu sama lain.


Informasi:

Rasulullah s.a.w bersabda: Peliharalah perempuan-perempuan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk paling bengkok ialah bahagian atasnya. Jika engkau cuba meluruskannya, ia akan patah. Jika engkau membiarkannya, ia tetap bengkok. Oleh itu, peliharalah wanita sebaik-baiknya. (Muttafaq Alaih)

Wednesday, September 24, 2008

kemaafan yang terindah


choc moist cake..hehe..aku buat siang td..kek choc moist aku yg pertama!!my fav..lps ni dh xyah beli klau nk mkn coz aku da reti buat..but the topping a bit messy..hehe,artwork aku mmg xbgs..xde seni lgsg!!



hari ni hari yg ke-24 kite berpuasa..mlm ke-25 kite berterawih..sedar xsedar dh nk rayekn..cpt je ms berlalu..agak2 cukup byk ke ibadah aku pd bln ramadhan thn ni?hmm..
kdg2 di akhir2 bln ramadhan ni aku dihambat oleh perasaan mls utk berterawih,lps berbuka,perut pn dh terbuntat jek rase..nk buat amal ibadah pn jd malas..astagfirullah..tp klau ikutkan nafsu malas sgt tu, mmg xjalan la kan..terpakse kuatkan semangat jgk..then,bile smpai di masjid,aku akan rase bersyukur sgt sbb aku xikutkan perasaan malas tu..bile selesai solat terawih,aku rase seronok sgt sbb aku dpt menunaikan tanggungjawab aku bersolat terawih pd hari tu..sbb tu lah,btl kate2 ustaz..walaupun syaitan diikat pd bln ramadhan ni xsemestinye godaan tu xde,semua tu dlm diri kite jgk..btl x..hmm..

sbbkan dh nk raye,aku pn nk post la mengenai hari raye..hehe..ikut tema la kirenye..bile kite bercakap psl hari raye ni,mst teringat tentang juadah pd hari raye,balik kampung,ziarah menziarahi sanak saudara dan of coz duit raye..kui3.klau family aku,ktorg akan balik beraya di kampung,pagi raye tu mst semua g masjid bersmbhyang raye..time tu la yg plg best..pg2 klau kt kampung,mst kene bgn awl2,beratur nk mnd,tggu turn..ye la,sedara mara ramai..klau bgn lewat sket krg lmbt plk dpt turn nk mnd..lmbt plk nk ke masjid..huhu..mak aku n makcik2 aku plk dorg mmg sah2 sblm smyg subuh dh mnd awl..sbb nnt nk siapkan sarapan plk..ktorg yg anak2,mls nk mnd subuh bebenor,sejukkkk...wawawa..lps solat subuh br la g amik turn nk mnd..huhu..kdg2,klau dh lmbt n ramai sgt,ade yg di antara ktorg yg akan mnd kt umah sblh,umah tok sedara aku..lps solat sunat raye,g ziarah kubur plk..mcm tu la rutin setiap thn..cuma thn ni xtau lg..myb smyg raye di ipoh dl baru blk kampung kot..

time hari raye jgk la mase kite selalunya akan bermaaf2an..dihrpkan semua salah dan silap diampunkan dan satu permulaan yg baru dpt dimulakan..hmm,rase2nye aku mmg byk buat slh kt ramai org..yela,aku tau aku ni serba serbi kekurangan..pn bkn la penyabar sgt orgnye..kdg2 tu klau xpuas hati sgt sdp jek mulut tu terlepas ckp..huhu..insyaAllah,aku cuba..cuba utk perbaiki diri..klau salah kite pd org,mst kite hrpkan org yg kite buat slh tu maafkan kite..wlaupun kite mungkin xsedar yg kite dh buat slh bsr kt die..mgkn kesalahan kite tu buat die skt hati ke smpai ssh nk maafkan kite..yela,kdg2 tu mgkn kite terlupe kan..
tp mcm mane plk klau org yg buat slh kt kite?adakah kite bersedia utk maafkan org tu?apatah lg klau kesalahan org tu kite rs agak bsr dan ssh nk dimaafkan?hmm..mcm kate motivator dato' dr. fadhilah kamsah,klau blh setiap hari sblm tidur kite maafkan org..barulah hidup kite tenteram dan aman..xkirelah mcm mane bsr pn slh org tu, mcm mane skt hatinye kite pd org tu..sbb sdgkn nabi Muhammad s.a.w pn maafkan umatnya..pnah jgk aku try buat mcm tu..tp kdg2 tu..ade sstgh org yg pernah melukakan hati aku ni,buat aku rs ssh sgt nk maafkan..xtau la..mmg aku jahil..walaupun byk kali aku kate aku maafkan org tu..tp kemudian,xkire la bile,tbe2 mst aku teringat ape yg org tu pnh buat kt aku..aku rs mcm aku blm maafkan org tu sepenuhnye..bukanlah aku berdendam..tp entah la..ssh nk ckp..kesakitan akibat kelukaan tu mmg ssh nk lupe..insyaAllah aku cuba..sape lah aku utk tidak memaafkan org lain kn..sdgkn Allah,tuhan pencipta sekalian alam lgkan maafkan hamba2Nya..astagfirullah..

semoga syawal kali ini aku dapat menghadiahi dan dihadiahi kemaafan yang terindah..amiinn..



Monday, September 22, 2008

malam lailatul Qadar

Beberapa Info Berguna
Berkenaan Malam Al-Qadar
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.... zaharuddin. net/


Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr .
Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.
Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)"
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa.
Antaranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah :201)

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a:-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka.
Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya.
(Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil.
Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
*
1) Berzikir
*
2) Berdoa
*
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
*
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian


Zaharuddin Abd Rahman
http://www.... zaharuddin. net/
20 Ramadhan 1428 H
2 Oktober 2007
( Ulang siar pada 19 September 2008 = 19 Ramadhan 1429 H)
http://www.... zaharuddin. net/index. php?option=com_content&task=view&id=608&Itemid=72

Wednesday, August 27, 2008

kasih seorang ibu..(copy n paste from my fren)

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"

Biar susah, jangan menyusahkan..