Friday, June 4, 2010

memaafkan

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagian orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat "musuh-musuhmu" bahagia. Wahai diri, ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua..

Jika datang orang "menghadiahkan" air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi "sebab", lihat dengan mata hati yang Allah jua yang menjadi "musabbil asbab". Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti redha.

Firman Allah bermaksud :
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara" - Surah Fussilat : 34

Kini hatiku tertanya-tanya lagi..siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba! Sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil untuk berdendam? Ya Allah..ampunkan aku..

*petikan dari majalah Nur, Buku Di Mana Dia Di Hatiku, hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi.* 

No comments: