Daisypath Vacation Ticker

Sunday, December 21, 2008

Aida’s wedding

Hari ni aku pegi kenduri kahwin aida my classmate masa di upsi dulu. Semakin lama semakin ramai kawan-kawan aku yang meninggalkan alam bujang dan melangkah ke alam perkahwinan. Tahniah aku ucapkan buat Aida dan suami, semoga bahagia ke anak cucu cicit dan seterusnya, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.



Aku tak sempat nak bergambar banyak dengan pengantin sebab masa aku sampai tu pengantin tengah bersanding, lepas tu ada acara makan plk..hehe. Ada jgk kawan aku yang da nak balik masa aku sampai tu. Nak kata aku sampai lambat sangat tu tak la cuma dalam pukul 1 lebih. Hanya beberapa keping je yang sempat aku tangkap bersama pengantin perempuan…ingatkan nak tengok bilik pengantin tapi boleh terlupa pulak. huhuhu. Sabar je la. Boleh pulak aku terlupa padahal itu la benda yang paling best skali nak tengok bila kenduri kahwin selepas pengantin. Hahaha.

Hari ni jugak ramai kawan-kawan aku yang tertanya-tanya termasuk pengantin perempuan skali yang aku datang dengan siapa. Sampaikan ada kawan aku tu masa aku sampai, salam dengan dia, belum sempat bertanya khabar terus tanya aku datang dengan siapa sambil melirik kepada teman aku. Huhuhu. Misteri sangat ke? Aku datang dengan kawan je la…isk..isk..isk..korang ni…hehehe. Biarlah persoalan-persoalan tu tetap terus berada dalam fikiran korang k..hehehe. Apa pun kami cuma teman..





byk kali makcik2 tu ajak aku mkn skali ngn pengantin..hoho




Minggu depan pun aku ada kenduri kahwin jgk..junior masa kt upsi dulu tp dia buat kenduri di Terengganu..maybe aku tak dapat pegi kot..jauh sangat la plk..walau apa pun aku doakan semoga kawan-kawan aku yang dah melangkah ke alam perkahwinan semoga korang semua bahagia ke akhir hayat dan diberkati oleh-Nya..amiinnn…


p/s: cepat2 le timang anak..kuikuikui

No comments: