Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, September 24, 2008

kemaafan yang terindah


choc moist cake..hehe..aku buat siang td..kek choc moist aku yg pertama!!my fav..lps ni dh xyah beli klau nk mkn coz aku da reti buat..but the topping a bit messy..hehe,artwork aku mmg xbgs..xde seni lgsg!!



hari ni hari yg ke-24 kite berpuasa..mlm ke-25 kite berterawih..sedar xsedar dh nk rayekn..cpt je ms berlalu..agak2 cukup byk ke ibadah aku pd bln ramadhan thn ni?hmm..
kdg2 di akhir2 bln ramadhan ni aku dihambat oleh perasaan mls utk berterawih,lps berbuka,perut pn dh terbuntat jek rase..nk buat amal ibadah pn jd malas..astagfirullah..tp klau ikutkan nafsu malas sgt tu, mmg xjalan la kan..terpakse kuatkan semangat jgk..then,bile smpai di masjid,aku akan rase bersyukur sgt sbb aku xikutkan perasaan malas tu..bile selesai solat terawih,aku rase seronok sgt sbb aku dpt menunaikan tanggungjawab aku bersolat terawih pd hari tu..sbb tu lah,btl kate2 ustaz..walaupun syaitan diikat pd bln ramadhan ni xsemestinye godaan tu xde,semua tu dlm diri kite jgk..btl x..hmm..

sbbkan dh nk raye,aku pn nk post la mengenai hari raye..hehe..ikut tema la kirenye..bile kite bercakap psl hari raye ni,mst teringat tentang juadah pd hari raye,balik kampung,ziarah menziarahi sanak saudara dan of coz duit raye..kui3.klau family aku,ktorg akan balik beraya di kampung,pagi raye tu mst semua g masjid bersmbhyang raye..time tu la yg plg best..pg2 klau kt kampung,mst kene bgn awl2,beratur nk mnd,tggu turn..ye la,sedara mara ramai..klau bgn lewat sket krg lmbt plk dpt turn nk mnd..lmbt plk nk ke masjid..huhu..mak aku n makcik2 aku plk dorg mmg sah2 sblm smyg subuh dh mnd awl..sbb nnt nk siapkan sarapan plk..ktorg yg anak2,mls nk mnd subuh bebenor,sejukkkk...wawawa..lps solat subuh br la g amik turn nk mnd..huhu..kdg2,klau dh lmbt n ramai sgt,ade yg di antara ktorg yg akan mnd kt umah sblh,umah tok sedara aku..lps solat sunat raye,g ziarah kubur plk..mcm tu la rutin setiap thn..cuma thn ni xtau lg..myb smyg raye di ipoh dl baru blk kampung kot..

time hari raye jgk la mase kite selalunya akan bermaaf2an..dihrpkan semua salah dan silap diampunkan dan satu permulaan yg baru dpt dimulakan..hmm,rase2nye aku mmg byk buat slh kt ramai org..yela,aku tau aku ni serba serbi kekurangan..pn bkn la penyabar sgt orgnye..kdg2 tu klau xpuas hati sgt sdp jek mulut tu terlepas ckp..huhu..insyaAllah,aku cuba..cuba utk perbaiki diri..klau salah kite pd org,mst kite hrpkan org yg kite buat slh tu maafkan kite..wlaupun kite mungkin xsedar yg kite dh buat slh bsr kt die..mgkn kesalahan kite tu buat die skt hati ke smpai ssh nk maafkan kite..yela,kdg2 tu mgkn kite terlupe kan..
tp mcm mane plk klau org yg buat slh kt kite?adakah kite bersedia utk maafkan org tu?apatah lg klau kesalahan org tu kite rs agak bsr dan ssh nk dimaafkan?hmm..mcm kate motivator dato' dr. fadhilah kamsah,klau blh setiap hari sblm tidur kite maafkan org..barulah hidup kite tenteram dan aman..xkirelah mcm mane bsr pn slh org tu, mcm mane skt hatinye kite pd org tu..sbb sdgkn nabi Muhammad s.a.w pn maafkan umatnya..pnah jgk aku try buat mcm tu..tp kdg2 tu..ade sstgh org yg pernah melukakan hati aku ni,buat aku rs ssh sgt nk maafkan..xtau la..mmg aku jahil..walaupun byk kali aku kate aku maafkan org tu..tp kemudian,xkire la bile,tbe2 mst aku teringat ape yg org tu pnh buat kt aku..aku rs mcm aku blm maafkan org tu sepenuhnye..bukanlah aku berdendam..tp entah la..ssh nk ckp..kesakitan akibat kelukaan tu mmg ssh nk lupe..insyaAllah aku cuba..sape lah aku utk tidak memaafkan org lain kn..sdgkn Allah,tuhan pencipta sekalian alam lgkan maafkan hamba2Nya..astagfirullah..

semoga syawal kali ini aku dapat menghadiahi dan dihadiahi kemaafan yang terindah..amiinn..



Monday, September 22, 2008

malam lailatul Qadar

Beberapa Info Berguna
Berkenaan Malam Al-Qadar
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.... zaharuddin. net/


Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr .
Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.
Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)"
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa.
Antaranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah :201)

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a:-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka.
Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya.
(Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil.
Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
*
1) Berzikir
*
2) Berdoa
*
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
*
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian


Zaharuddin Abd Rahman
http://www.... zaharuddin. net/
20 Ramadhan 1428 H
2 Oktober 2007
( Ulang siar pada 19 September 2008 = 19 Ramadhan 1429 H)
http://www.... zaharuddin. net/index. php?option=com_content&task=view&id=608&Itemid=72

Thursday, September 18, 2008

salah bangun?


bila tiba time nk mengedit blog ni,it could take for hours..try yg ni..try yg tu plk..yg ni xcantik..yg tu pn xcantik..buat yg lain pulak..uhukk..uhukk..pening..pening..hari ni dpt call dari kolej taj..dorg offer an interview utk jd lecturer di klj taj..hmm..should i go?lain yg di mntk lain plk yg dpt..tp xsemua yg kite nk dan inginkan akan kite dptkn..mcm tu lah kehidupan,penuh dgn kejutan,dugaan dan harapan..klau xde semua tu,xbermakna la hidup kite..plain je..xseronok la kan.lgpn it's just an interview..blm tentu dpt pn kn..xslh n xrugi klau mencuba..klau btl2 dpt tu lain cite la ye x..ms bgtau ayah aku die kate ok je..hmm..tp aku ni slalu jek nsb xbaik klau interview..dl ms interview utk biasiswa kt u pn gagal..interview utk nk jd biro pn gagal..aiseh..ape nk jd ni..xde skill lgsg.huhuhu..

waduh..waduh..gawat nih..

penatnye hari ni seharian aku membuat kuih..mak bz dgn hal langsir rumah..al maklum la nk raya da kn..dgn nk tukar langsirnye,bsh langsir,pastu kene plk langsir yg lain dan sekalian hal2 rumah yg lain lg..tp seharian mmbuat kuih pun aku dpt buat satu jenis je..start buat lmbt..pastu ptg td lps buat kuih,mak suruh buat puding plk sbb tgk roti ade lg..nnt cm rugi lak bile roti xbermakan,yela..puasa sape yg nk mkn roti pulakkan..drpd rugi terbazir roti tu expired baik la dimakan..ye x..hehe..ok,kali ni bread butter pudding aku menjadi la..congrats utk aku..eceh,mcm satu hal yg besa je klau puding tu menjadi..oo..puding..oh..puding..pudingku menjadi tetapi lain pula yg tidak menjadi..adoii la..hari ni aku buat kereta baru mak aku calar!!!!mcm mane blh calar ni?begini cerite die..waaa..ms nk msk puding td aku prasan yg susu uht n kismis dah abes..so,aku pn kuar la kjp..keta mak aku ni park kt porch yg ktorg smbg dr porch asal,kire bsr la sket(sket je besarnye,tp kt bhgian tu sempit sket la) porch sng nnt abg2 aku blk pe sume nnt nk park keta..tp bhgian yg dismbg tu sbnrnye sempit la sket sbb ade tiang yg membahagi..nk dijadikn cite,masa aku nk kuar keta tu aku pn igt lps la nk kuar..skali tanpa diduga dan tanpa dijangka..zretttttttttt!!! bunyinye..ayoyoyo..terkezut aku..skaligus serentak dgn heartbeat aku yg aku tersgt laju mcm nk terkeluar jantungku..klau xpecaye belahlah dadaku di wktu itu..pasti akan kau lihat jantung ku berdenyut umpama..(umpama ape aku pn xtau la..)xpayah nk dibelah2 dada klau nk tgk muka aku pn pucat gilerss..takut beb..dlm hati aiseh,ni mst kene pny la ni..mst kene marah..wawawa..aku pn kuar keta msk umah balik,trs bgtau mak aku..huhuhu..mak aku biseng la jgk..dh lps kene biseng,g la kedai..dlm hati hny tuhan je yg tau..balik keje krg ayah aku for sure biseng..wawawawa..so,aku msk puding pn dgn hati yg tak tenteram.dlm kol 4 lbh ayah aku call sbb ayah aku kt JPN ade meeting kt situ,alang2 die meeting kt JPN mak aku srh tny bile aku posting,pastu org tu plk tny major aku,etc..pastu org tu ckp yg ktorg akan posting bln 11 ni insyaAllah..(aiyoo..lmbtnye..bile la nk pegang duit sndr ni?) aku pn bgtau la ayah aku yg aku telah mmbuatkn keta mak aku calar..hahh,ayah aku ckp siap la nk kene marah..(sj aku bgtau awl2..sbb nk bg ayah aku mrh dl,pastu bile balik umah nnt die cool la sket,aku rs la..huhuhu) tak tenteram jek aku menunggu ayah aku pulang dari keja..bile ayah aku balik mulenye takut nk kuar bilik,tp lps tu beranikn jgk la diri,dh buat,berani la tanggungkn..cettt,skali ayah aku xmarah sgt pn..cume ade membebel2 sket je la..tp hati aku ttp galau(eceh,ayat..) kerana tlh mmbuatkn duit mak aku melayang nk cat balik yg calar tu..huhuhu..ampun ye mak..org xsengaja..huhuhu..sbnrnye byk lg aku nk tulis ni tp aku da xlrt nk taip..nk taip post ni pn aku rs mcm berjam2 lamenye(hiperbola sungguh,huhu)..
agak2 bile la aku nk kawin eh..(eceh,tukar topik lak)yela,ramai member2 aku dh kawin n bertunang,yg dh beranak pinak pn ade..secara xlangsung meninggalkan kesan dlm diri aku..tp bile dgr cerita2 mslh2 org yg dh kawin ni aku jd takot lak..huhu..hidup mmg xsunyi dr dugaan dan ujian..aku pn xberani nk ckp lebih2 bnd yg aku xtau..tp ape yg aku harapkan supaya aku dipertemukan dgn org yg mencintai dan menyayangi aku kerana cintanya pd Allah..tuhan yg satu..klau blh semua org berkahwin sbb nk dptkn kebahagiaan dan keredhaan tuhan..itu jgklah yg aku harapkan..(apsal tah tibe2 aku ckp psl kawin2 ni,td kate da xlarat nk taip) haihh..haihh..


~kite smbg cite psl kawin2 di lain hari~






Wednesday, September 17, 2008

my bread butter pudding~


merahkan pipi die..ala..rindunye kt die..


only god knows how much i miss dat little boy..dis pic was taken when my brother just came back from Manchester..we were at our aunty's house at bandar tun razak..



semalam aku buat puding yg dijanjikan pd mak aku..xbape nk menjadi la..igtkn klau cantik n menjadi nk snap la 1 or 2 pics and put it here..aiseh..xpela..1st timerkn..aku mane penah buat puding sblm ni..hehehe..(terukkn?)xpe2,mmg la slalunye yg mula tu xjd..nnt yg lain kali buat ok la tu..(nk menyedapkan hati sndr..ok x? =p)
semalam smpai 2kali aku buat puding tu..huhuhu..da 1st one hangus!!waaa..malunye..i thought kene guna oven tu api belah atas..rs2nye ms tgk chef tu buat chef kate guna api oven yg belah atas..(yeke?aku rasa la..) jd aku pn gune la api yg belah atas..huhuhu..xsmpai 10minit dh ade bau..mula2 tu buat xtau je la..igtkn normal,ye la mst la ade baukn..tgk jgk..tgk bhgian atas puding tu mcm msk nk hangus je(msk scr cepat n mendadak mcm nk hangus),tp buat rlx lg sbb puding yg chef tu buat mmg kaler bhgian atas die gelap..huhuu..(dlm hati rs mcm xjd dh ni) tp pastu tgk asap mula kuar sket2..n ade bau hangus!!! yg sgt kuat..wawawawa..mak aku mula biseng.."hangus dh ni...dh2 tutup" bile aku kuarkn je,yg bhgian atas dh hangus!!waaa...mak aku pn biseng la..btl ke aku ikut exactly mcm yg chef tu buat..aku pn pk la sejenak..eceh..rs2 mmg btl ape yg aku buat tu sama mcm yg chef tu buat..tgk balik resepi,mmg btl la timer n temperature die..(sbnrnye mak aku dh sound awal2 lg jgn gune api belah atas..tp aku xnk dgr..tunjuk pndai la kunun,sbb ye2 je aku kate chef tu pkai api belah atas,huhuhu)hmm,pastu try la lg skali..kali ni mmg buat secara berhati2 la..bile time nk bake tu..buat api bwh..hahh..mmg api bwh rupenye..cetttt..(nmpk sgt xberpengalamankn..huhuhuhu..) n ternyata kata2 mak aku tersgt benar..(guna api bwh bkn api atas)..tp yg kali ke-2 ni,mslhnye plk die xbape nk msk bhgian bwh(lg sket je nk msk)..tu pn aku dh tmbh 20+ - minit dr ms yg dicatatkn dlm resepi..nsb la mak aku puji jgk sedap..even if xsedap aku tau mst mak aku ckp sedap jgk..ye la..anak die masak fav food utk die kn..hehehehe.sian mak aku..xpe2,nnt aku akan buat yg lebih sedap lg utk mak aku..=)
pagi td mak aku beli majalah seri dewi & keluarga...dlm tu ade byk resepi utk raya..belek pny belek skali aku nmpk resepi bread butter pudding yg mcm aku buat tu..cuma dlm resepi mjlh tu ade tmbh krim putar n almond..dan yg plg buat aku hepi bile tgk pic puding tu..exactly da same mcm yg aku buat..(utk pengetahuan yg chef tu buat belah atas puding tu kaler gelap..aku pn hairan mula2 knp aku pny puding xsama kaler bhgian atas die dgn yg mcm chef tu buat) bila tgk pic tu,aku pn buat la kesimpulan-ini mst puding yg chef tu buat hangus sket belah atas wp rasanye xla mcm hangus yg pahit tu..(myb sbb die gune api belah atas kot..)kuikuikui..tergelak aku sorg2..pastu tgk temp. die..temp. die lg tinggi dr yg chef tu bg dlm resepi..haaa,rs2 lps ni blh la buat lg,ikut temp. n timer mcm yg dlm mjlh tu..hehehe..blh la buat utk raya nnt..oooyyeeeee~~~

Sunday, September 14, 2008

harapan datang lagi..

hari ni aku dapat satu harapan yg mmpu mmbuatkn aku tersenyum ceria..harapan mengenai cita-citaku..berita itu mmg mmbuatkan hatiku berbunga-bunga menyulam harapan walaupun aku tahu utk menggapainya percentnya adalah senipis kulit bawang..huhuhu..(kire nipis la kan peluang tu..pepandai jek aku buat perbandingan..rosak bahasa melayu..isk..isk..) smpaikan bila aku tau pasal berita tu smyg terawihku 4 rakaat yg pertama agak tidak khusyuk(betol ke eja?betol kot..) astaghfirullah..mmg salah aku kerana xmampu menahan godaan ketika sedikit kesenangan dtg menyelubungi diri..godaan yg merupakan dugaan juga buat aku..sedangkan nikmat itu datangnya dari tuhan..
berbalik pada harapan yg membuatkan aku begitu ceria td,bila semua urusan mengenainya hampir selesai(disbbkn hepi aku cb settlekn pd mlm ni jgk so esok tinggal nk pos je la),aku didatangi pula satu persoalan yakni pilihan yg membuatkan aku berfikir 2-3 kali.."isk..mane satu yg nk pilih ni?" "matematik ke statistik?",hmm..smpai skrg aku msh lg konpius..yg mana satu ptt aku pilih..klau nk diikutkn..aku mmg major math edu. ms degree dl..tp..aku minat nk ambik statistiks..mmg dl aku ade blaja stats ms degree..bcoz stats is a portion of mathematics..tp ms tu aku ade amik 3 paper je..hmm..what if dis stats is 4 da people who hv took major stats in degree..sdgkn aku major maths..nk amik maths..aku plk minat stats..waduh..waduh..yg mana satu ni..hmm..kena pk masak2 dl ni..walaupun percentage utk diterima aku rs agak kurg..tp kene membuat pilihan dgn btl jgkkn..hmm..
xpe la..kite tinggalkn bab tu dl..my otak need to rest kjp dr pk psl tu..hehehe..haa..siang td aku g blaja buat pudding and 3 kinds of cookies..hahaha..mak aku la ni..bising srh g blaja kt chef yg mngjr kt Ubis td..3jenis kuih n 1 jenis puding harga klas tu rm55..mcm agak mahalkn?aku rs la..tp xpe la..ilmukn..berdiri la aku td dpn chef selama bbrp jam sbb nk tgk die wat kuih..hari ni xramai pn peserta yg ikut..sbb ape tah chef tu ckp td..alih2 5 org je la td yg hadir..n aku je la peserta yg plg muda..kuikuikui..yg len tu datin la,mak engku la..nsb baik la ade bdk tu yg pekerja kt situ bertugas hari ni muda sethn dr aku..kire ade la jgk geng..sbb xramai peserta ktorg pn dok la keliling chef tu ms die tgh baking the cookies..so nmpk clear la ape yg chef tu buat..lenguh jgk la kaki berdiri..huhuhu..bile blk,mak srh buat pudding tu sbb mak aku suka mkn puding2 ni..aku pn kuar la balik g beli brg2 yg diperlukan utk buat bread butter puddings nama die..dh la kedai dkt tmn aku ni byk yg tutup..last2 xdpt buat puding tu hari ni sbb jenuh aku mencari dari satu kedai ke satu kedai nutmeg powder..satu pn xde..dorg lak blh wat muka pelik.."nutmeg powder?,ape tu?" aku pn ckp la.."serbuk perisa buah pala" "oh..xde la dik.." huhuhu..so postponed esok je la nk buat puding tu..aku xminat sgt puding2 ni..yg terpilih je yg blh diterima tekak..hohoho..mak aku je yg dlm fmly ktorg yg suka puding..so aku nk buat la bnd yg aku tau msk utk die..emm,aku rs smpai cni je la dl aku menulis..nk g smbg pk balik mane satu yg aku ptt pilih ni..huhuhu..

Saturday, September 13, 2008

rindunyeeeee

mr. hakim..1thn 3bln..air liur dan hingus meleleh..ngee..


mr. hakim ms 1 tahun 3bln jgk..baru lps mandi,bg pkai bj papa die sbb die asek nangis jek..rindu la agaknye papa die g kursus for almost 3weeks..pampers pn xpkai g..seb baik x poopoo..huuhuu



mr. hakim ms 8 bln..(time raya di manchester) can u see my 1st tooth?and of course my air liur meleleh..hehehe



helo..rasenye mcm dh lame jek aku xupdate my blog..hehehe..bkn ape..sebok sket di bln puasa ni..yg kt atas tu gmbr anak buah aku..rindunye la kt die..xsabar nk tunggu die blk cuti raye ni..haihh..haihh..emm,nk tulis psl ape ye?haa..alhamdulillah..aku dh baik dr demam..jumaat last week aku g hospital ngan ayah aku..mlm lps aku tulis blog 'jom tdo jom' tu,aku blh tdo kjp je..then dlm pkul 2 lbh,aku terjaga xleh tdo sbb rs sjk sgt..even ms tu aku psg kipas takat 1 je..ye la,musim hujan xkn nk psg aircond or kipas kuat2kn..lgpn aku tgh dmm ms tu..oleh sbb dh rs sjk sgt smpai nk menggigil,aku pn tutup la kipas..then try nk tdo blk..isk..sejuk lg ni..meremang bulu roma aku sjk sgt..smpai ke tulang rsnye..pastu aku pn bgn la lg..cari selimut tebal sket kt dlm almari bilik abg aku..pkai la..pn sjk lg..huhu..mmg xleh thn..last2 aku pkai sweater,pkai stoking,pkai 4 helai selimut..kipas mmg sah2 aku dh ttp td..hahh..aku pn baring..Ya Allah..sejuk lg..still rs smpai ke tulang..nk menggigil je rs..time tu aku rs nk je bgn g bilik parents aku n kejut mak aku..tp xsmpai hati plk nk kejut mak tgh2 mlm tu..sian plk kt mak aku..aku pn sbr je la..tahan sejuk,nk kata tdo tu mmg xleh la..dh sejuk sgt,nk tdo ape..huhu..then..dlm kol 4 ayah aku bgn g dapur utk mkn ubat sbb ayah aku kene mkn ubat sblm mkn..disbbkn ktorg slalu mkn sahur pkul 5,ayah aku mkn ubat dlm kol 4 cmtu la..aku pn bgtau la ayah aku yg aku xleh tdo,rs sjk sgt..nk dijdkn cerite,pg tu,ktorg pn g la hospital..ayah aku ckp takot plk klau2 kene dmm denggi..huhuhu..ble jmpe doktor,die srh check darah..aiseh..bab tu yg aku lemah sket..aku takot sket bab2 amik darah ni..adeeiiii..kuar bilik doktor,msk makmal no4 kate pkcik jururawat tu..(eh,pkcik tu jururawat ke?entah aku bantai jek sbb die pkai bj putih cm nurse dduk kt kaunter..huhuhu) dh msk lab tu plk tgk org yg kt dlm tu relax tgh bc buku..eh,kt mane plk ni nk amik darah..org tu xprasan ke aku msk ni..buat xtau jek..aku pn buat2 la tny..'nk amik darah kt mane ye?' huhhh..siap kene perli ngn org tu..'dh msk sini tu btl la tu..pttnye klau nk tny kt luar td sblm msk..ni dh msk sini tu btl la tu..' hohh,cett..mane aku nk tau..aku dh la blur risau takot nk kene amik darah,ble msk situ org tu plk wat xtau jek..aku igt dh slh la td..hohh..sabo je la..skali ble org tu mskkn jarum,amik darah,xde la sakit mane pn..cett..buat pnat aku jek risau lebih2..hohh..pastu aku pn msk la blk bilik doktor..doktor cakap darah aku sume ok..normal je..alhamdulillah..last2 die bg panadol je..huhuhu..berjam2 aku tgu turn nk jmpe doktor(fenomena biase la kn ble kt hospital) last2 dpt panadol jek..tp yg penting syukur sbb xde ape..doktor cakap klau dmm lg 2 hari dtg amik darah lg..tp lps balik je dr hospital aku trs ok..trs xdmm dh..klau dmm pn sket2 je..agaknye..penangan takot nk kene amik darah aku trs ok la agaknye..hohoho..hmm,ok la..aku rs takat cni la dl kot..da xlarat nk menaip..heeee...cerita seterusnye aku dismbg di lain kali eh.. =)

Thursday, September 4, 2008

jom tdo jom..

aduiii..ngntknye aku..mata ni rs berat jek,mcm xlrt nk angkat..huhu..da 2 hari aku demam,semalam dan hari ni..dan 2mlm jgk la aku ponteng terawih..isk,rugi tol..tp nk wat cane,kepala ni rs berat je..ni pn lps mkn ubat ade la rs sehat sket,trs online..hehe..mak aku da biseng srh tdo awl.."dh tau demam tu knp xtdo2 lg tu.." hehe..jap ye mak..rs cm ade yg xkena lak bile sehari xbukak internet..cet,sbr je la..ngabihkan duit ayah aku jek tiap2 bln nk byr duit internet..huhu..2 hari ni hidup aku xproduktif lgsg..asek baring jek..buat keje pn sket2 jek..asal nk bgn je,mst rs cm nk tumbang(wkt siang la),kepala plk berdenyut2..adoii..sengal2 bdn lg..pastu mlm baru la rs segar sket..tu pn lps mkn ubat,telan panadol 2 biji..ade la kuar peluh sket..tp xpe.."sakit itu penghapus dosa.." aminn..yg penting sabar..lgpn apalah sgt demam aku ni nk dibanding dgn org2 yg kt luar sane yg sakitnye lbh teruk dan lebih parah..cuma tu la,ms berbuka,mmg xde selera lgsg..mkn pn sket je..
hmm,nmpknye mata ni makin lama makin xblh nk dithn2..lps mkn ubat mmg sdp tdo ni..tmbh2 plk hujan je kt luar tu..

~aku mmg da xlarat lg nk thn mata..~

Tuesday, September 2, 2008

sebuah kehidupan..

alhamdulillah..kini kita sudah pn melangkah ke bln ramadhan yg penuh dgn barakah..hari ni msk hari kedua kita berpuasa dan malam ketiga kita berterawih..diharap2kan aku dpt memanfaatkan bln ramadhan ini dgn sebaik2nya..dlm hidup ni kita xterlepas dari meletakkan harapan dan impian dlm byk perkara..dan spt biase,kita mst mengharapkan supaye ape yg kite hrpkn tu agar tercapai..tp bile sesetgh impian dan harapan tu xdpt dipenuhi xkiralah di atas sbb2 ape,sedikit sebyk perasaan kaciwa pasti ade..hanya dgn iman dan perasaan berserah dan pasrah pd Allah sj yg dpt mengubat kesakitan di hati..
2hariyg lps aku da abeskn bc nvl ayat-ayat cinta..huhuhu..sedihnye..berjujuran air mata..eceh,ayat..tp mmg best la buku tu..sedih sgt smpai xtertahan air mata..antara bab2 yg sedih tu ms proses pengislaman maria..sedih sgt..nmpk sgt betapa indahnya islam..mcm tu jgk dgn peribadi fahri..klaulah aku dikurniakan tuhan seorang suami seperti dirinya..alhamdulillah..amiinn..aisha..seorang muslimah yg sejati..ingin sekali aku mnjadi spt dirinya..

"Apabila kamu merasa letih kerana membuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal..
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yg dilakukan akan terus kekal.." -Saidina Ali r.a-

betapa aku sering lalai dan melakukan dosa..masyaAllah..

semasa hari lahir aku,seorang sahabat yg jg merupakan seorang junior aku ms di universiti menghantar sms mengucapkan selamat hari lahir dan ucap selamat,

kak as, selamat hari lahir..
semoga cerdikmu secerdik Aishah,
cantikmu secantik Ainul Mardhiah,
pengorbananmu setinggi Sumaiyah,
ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah
dan semoga tempatmu di syurga Al-jannah..

menitis air mata bila aku bc msg tu..rs teringin sgt menjadi mcm tokoh2 muslimah sejati trsebut..

kalaulah bulat itu boleh dikatakan sempurna..
sungguh aku tersangat jauh dari bulatan itu..
berada ditepinya menjadi sisi bulatan itu saja aku tidak mampu..
masyaAllah..jahilnya aku..

"Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata, dan sebaik keindahannya adalah wanita solehah.."-Riwayat Muslim-